FAIZAR.BLOGDRIVE.COM


Thursday, September 21, 2006
PUASA RAMADHAN

I have move�to other site

RAMADHAN� http://faizar.atspace.com/ramadhan/

Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam Islam. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari.

Bulan Ramadhan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga sera sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ramadhan

ASAS PENENTUAN AWAL RAMADHAN DAN SYAWAL DARI SUDUT SYARAK
Oleh: Dato' Alim Panglima Haji Mat Jahya bin Haji Hussin Mufti Kerajaan Negeri Perlis
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/falak/kkerja2-asasramadansyawal.pdf

Menurut perspektif Islam, asas penentuan awal Ramadhan dan Syawal disandarkan kepada Al-Quran dan Sunnah yang menerangkan mengenai pergerakan cakerawala seperti matahari, bulan dan bintang bagi penentuan waktu yang disebut mawaqit.

Asas penentuan awal bulan hijriah yang digunakan oleh umat Islam khasnya dalam menentukan awal bulan Ramadhan dan Syawal adalah didasarkan kepada pergerakan bulan dan bumi mengelilingi matahari. Ia menjadi asas perhitungan awal bulan dan tahun yang mempunyai hubungkait yang rapat dengan ibadat puasa dan hari raya puasa. Al-Quran dan Sunnah memberi panduan kepada kita untuk membuat penentuan awal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah.

Para ulama' telah berbahas dengan panjang lebar berkenaan isu ini di dalam kitab-kitab mereka yang muktabar. Berdasarkan pedoman-pedoman ini, lahirlah tiga amalan yang berbeza dalam menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah dengan kaedah berikut:

(a) Rukyah (melihat anak bulan)
(b) Hisab falak (pengiraan)
(c) Rukyah dan hisab dengan menggunakan kriteria imkanur-rukyah iaitu menggunakan hisab dalam menentukan kebolehnampakan anak bulan (hilal)

Perbezaan amalan dan cara di atas berlaku adalah berpunca daripada perbezaan dalam memahami dan mentafsir maksud ayat-ayat al-Quran dan hadis yang berkaitan. Malaysia mengamalkan cara penentuan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah dengan rukyah dan hisab berdasarkan kepada kriteria imkanur-rukyah.

Asas Penentuan Awal Ramadhan Dan Syawal Dari Sudut Syarak

Apabila membicarakan tentang asas penentuan awal Ramadhan dan Syawal dari sudut syarak, ia merujuk kepada panduan yang telah diterangkan oleh Allah S.W.T. dan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. kepada kita iaitu al-Quran, Sunnah dan pandangan ulama'. ..................

Kesimpulan
Berdasarkan dalil-dalil al-Quran, hadis dan pendapat ulama' serta kajian astronomi moden, kaedah rukyah dan hisab sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana menepati kehendak syarak.

rujuk http://www.islam.gov.my/e-rujukan/falak/kkerja2-asasramadansyawal.pdf



PENETAPAN BULAN RAMADHAN
Dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah.
http://www.compserv.sabah.gov.my/mns/allPDF/TAZKIRAH%2021%20081005%20Penetapan%20Bulan%20Ramadhan.pdf

"Puasalah kamu kerana melihatnya ( anak bulan ), berbukalah kerana melihatnya. Sekiranya kamu terhalang daripada melihatnya, maka sempurnakanlah bilangan Sya'ban selama 30 hari"
[ Bukhari (1810) dan Muslim (1080) ]

HURAIAN
Penetapan bulan Ramadhan adalah berdasarkan salah satu daripada 2 perkara berikut :

Pertama : Melihat anak bulan Ramadhan ( Ru'yah al-hilal ) pada malam 30 Sya'ban. ini boleh berlaku apabila seorang saksi yang adil menyatakan kesaksiannya di hadapan qadhi bahawa dia telah melihat anak bulan.

Kedua : Mencukupkan 30 hari bulan Sya'ban. Ini berlaku apabila susah melihat anak bulan disebabkan awan tebal ataupun saksi adil tidak datang menyatakan bahawa dia telah melihat anak bulan. Ketika itu disempurnakan bulan Sya'ban 30 hari kerana itu adalah asal keadaan selagimana tidak datang perkara lain yang bertentangan dengannya.

Daripada Ibnu Abbad ra katanya, seorang Arab Badwi datang menemui Rasulullah saw lalu berkata :
"Sesungguhnya aku telah melihat anak bulan Ramadhan. Sabda Baginda : "Apakah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah?" Katanya : "Ya". Tanya Baginda :
"Apakah kamu menyaksikan bahawa Muhammad itu utusan Allah?" Jawabnya : "Ya". Sabda Baginda : "Wahai Bilal, isytiharkan kepada orang ramai hendaklah mereka berpuasa pada esok hari". ( Disahihkan oleh Ibnu Hibban di dalam Mawarid az-Zham'an (870) dan Al-Hakim (1/424).

Dengan ini, apabila anak bulan kelihatan di suatu negeri ( bandar ), maka penduduk negeri ( bandar ) yang berhampiran dengan negeri yang melihat anak bulan itu wajib berpuasa. Ukuran jarak jauh dan dekat adalah berdasarkan kepada perbezaan matla' ( tempat terbit anak bulan ).

Berdasarkan sebuah hadith lain yang panjang yang diriwayatkan oleh Muslim (1087 ), para ulama mengatakan :
Apabila puasa tidak diwajibkan terhadap penduduk negeri yang jauh lalu seseorang penduduk negeri yang telah melihat anak bulan bermusafir ke negeri tersebut, maka hendaklah dia berpuasa bersama mereka di akhir bulan walaupun dia telah menyempurnakan puasa selama 30 hari. Ini kerana disebabkan perpindahannya ke negeri tersebut, dia dianggap salah seorang dari mereka. Dengan itu dia mesti mengikut hukum mereka.

Sesiapa yang bermusafir dari negeri yang tidak melihat anak bulan ke negeri yang melihat anak bulan, dia hendaklah berbuka ( berhari raya ) bersama mereka sama ada dia telah berpuasa 28 hari ( disebabkan
Ramadhan pada penduduk setempat hanya 29 hari ) ataupun dia berpuasa 29 hari ( kerana Ramadhan di sisi mereka sempurna 30 hari ).

Walaubagaimanapun, jika dia berpuasa selama 28 hari sahaja, hendaklah dia mengqadhakan puasanya selama sehari kerana satu bulan bukanlah 28 hari.

Sesiapa yang pada waktu paginya berada di negeri yang merayakan hari raya, lalu bermusafir negeri yang jauh dan penduduknya masih berpuasa, wajib baginya menahan dirinya untuk baki hari tersebut sebagai
mengikuti penduduk negeri tersebut.

http://www.islam.gov.my/ppi/almanak/falak/almanak2006.html

Kajian Kebolehnampakan Hilal
http://fizik.um.edu.my/angkasa/start_taskbar.htm

1.������ Kajian Kebolehnampakan Hilal

2.������ Bagaimana Penetapan Awal Bulan Islam Ditentukan?

3.������ Cara Penetapan Awal Ramadhan, Awal Syawal dan Awal Zulhijjah

4.������ Apakah Kriteria Imkanur-Rukyah?

5.������ Awal Bulan Qamariah

6.������ Persoalan-persoalan yang sering ditanyakan berkaitan awal Ramadhan, Syawaldan Zulhijjah

1. Kajian Kebolehnampakan Hilal
Salah satu daripada bidang penyelidikan Makmal Fizik Angkasa ialah Kajian Kebolehnampakan Hilal. Kajian penyelidikan ini dibuat di Baitul-Hilal Telok Kemang, Negeri Sembilan, dilakukan pada setiap akhir bulan Islam iaitu pada 29hb dengan menggunakan teleskop MeadeLX200 12". Kajian ini telah dijalankan sejak tahun miladiah 2000 bermula bulan Muharram tahun hijriah 1421 hingga sekarang.

Kajian ini penting untuk dijalankan kerana hilal adalah asas dalam penetapan awal bulan dalam Kalendar Islam. Tujuan kajian inidijalankan bagi memastikan hisab yangdiguna-pakai di negara kita bertepatan dengan rukyah (kedudukan sebenar anak bulan). Selain tujuan tersebut di atas, kajian ini dijalankan adalah untuk mengumpul data-data kenampakan hilal bagi memperkemaskan lagi kriteria Imkanur-Rukyah.

Selain data bulan, kedudukan matahari terbenam, suhu, tekanan dan pembiasan dan kecerahan langit turut dicatat.

2. Bagaimana Penetapan Awal Bulan Islam Ditentukan?
Di Malaysia, penentuan awal bulan Islam (Qamariah) bagi tahun Hijriah berdasarkan kepada kaedah Rukyah dan Hisab. Kaedah ini digunakan terutamanya bagi menentukan 3bulan utama Islam iaitu awal Ramadhan, awal Syawal dan awal Zulhijjah. Bagi setiap bulan yang lain dari 3 bulan utama diatas, kaedah yang sama juga digunakan terutamanya bagi tujuan pembinaan Kalendar Islam.

3. Cara Penetapan Awal Ramadhan, Awal Syawal dan Awal Zulhijjah
Rukyah :

Rukyah ialah melihat anak bulan (hilal) pada 29hb di tempat-tempat rasmi seluruh Malaysia dengan mata kasar atau dengan bantuan peralatan-peralatan optik yang canggih seperti teleskop, teodolit, Total Station dan binocular dan dikendalikan oleh mereka-mereka yang pakar dan terlatih.

Pada petang 29hb Sya'aban, 29hb Ramadhan dan 29hb Zulkaedah pada setiap tahun, Jawatankuasa melihat anak bulan peringkat negeri akan melaksanakan rukyah di 28 buah tempat cerapan rasmi di seluruh Negara. Jawatankuasa ini terdiri daripada :

1.����� Mufti Negeri (sebagai pengerusi dan ketua rombongan)
2.����� Kadi Besar
3.����� Pengarah Jabatan Ukur Negeri (beragama Islam) atau wakilnya (beragama Islam)
4.����� Setiausaha Majlis Agama Islam
5.����� Seorang Ahli Falak

Sekiranya hilal iaitu anak bulan kelihatan, maka keesokan harinya ditentukan sebagaiawal Ramadhan, awal Syawal dan awal Zulhijjah, tetapi sekiranya anak bulan tidak kelihatan,hisabkedudukan bulan yang berpandukan kepada kriteria Imkanur-Rukyah iaitu keboleh-nampakan hilal akan diguna-pakai bagi penentuan awal Ramadhan, awal Syawal dan awal Zulhijjah. Mereka yang terlibat dalam pengiraan kaedah ini juga adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam ilmu astronomi.

Tarikh melihat anak bulan dan penetapan tarikh puasa dan hari raya diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Malaysia dan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja melalui media masa menjelang tibanya tarikh berkenaan.

Hisab :
Hisab ialah menentukan kedudukan anak bulan (hilal) pada petang 29hb Qamariah berpandukan stesyen rujukan rasmi di Kg Ateamu, Sandakan, Sabah iaitu tempat paling timur di Malaysia dan stesyen rujukan rasmi di Tanjung Chincin, Langkawi, Kedah iaitu tempat paling barat di Malaysia.

4. Apakah Kriteria Imkanur-Rukyah?
Bermula tahun 1993, Negara-negara anggota MABIMS (Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura) bersepakat menerima-pakai kriteria Imkanur-Rukyah bagi menentukan awal Ramadhan dan awal Syawal, di mana sebelum matahari terbenam ijtimak (apabila bulan, bumi dan matahari berada di garisan atau longitud yang sama) telah berlaku pada 29hbQamariahdan melalui perkiraan anak bulan dianggap boleh kelihatan sekiranya tidak terlindung oleh keadaan cuaca apabila kiraan memenuhi salah satu syarat-syarat berikut:

��������Ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang daripada 2o dan jarak lengkung bulan-matahari tidak kurang daripada 3o atau

�������� Ketika hilal �terbenam, umur hilal tidak kurang daripada 8 jam (selepas ijtimak berlaku)

Pada tahun 1995 barulah penentuan awal Zulhijjah dan bulan-bulan lain dibuat berpandukan kriteria Imkanur-Rukyah.

Dalam erti kata lain, bagi menentukan awal Ramadhan, Syawal, Zulhijjah dan bulan-bulan qamariah yang lain, rukyah dan hisab berpandukan kriteria yang telah disebutkan tadi merupakan kaedah yang diguna-pakai di negara kita.

5. Awal Bulan Qamariah

Awal bulan Qamariah (Muharram hingga Zulhijjah) bermula pada waktu maghrib (matahari terbenam) hari "terlihatnya" hilal. Kecanggihan teknologi dan perkiraan sekarang memungkinkan kita untuk membuat perkiraan tentang kedudukan bulan dengan tepat. Bagaimanapun, samada hilal boleh dilihat di sesuatu lokasi atau tidak agak sukar untuk dijangkakan.�

Kebolehnampakan hilal bergantung kepada beberapa faktor seperti keadaan cuaca, ketinggian bulan ketika maghrib, jarak lengkung bulan-matahari ketika maghrib, tempoh masa antara matahari terbenam dan bulan terbenam, pencemaran udara, peralatan optic, pencerap dan sebagainya. Oleh itu, kaedah penetapan kriteria Imkanur-Rukyah (Kebolehnampakan hilal) yang mengambil kira faktor-faktor tersebut digunakan bagi menentukan permulaan bulan Islam. Kriteria ini boleh disesuaikan berdasarkan laporan-laporan rukyah yang dibuat dari masa ke semasa.

6. Persoalan-persoalan yang sering ditanyakan berkaitan awal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah

Soalan �� : �Kenapa pada hari pertama kita berpuasa atau berhari raya, anak bulan telah kelihatan besar � dan tinggi di langit?�

Jawapan: �Seperti yang telah dijelaskan, penentuan awal puasa dan hari raya adalah berdasarkan kepada rukyah dan hisab yang menerima-pakai kriteria Imkanur-Rukyah iaitu tidak kurang dari 2o ketinggian di atas ufuk dan tidak kurang 3o�jarak lengkung bulan-matahari atau umurnya tidak kurang dari 8 jam.�Sekiranya pada waktu hilal terbenam 29hb bulan Islam, umur�anak bulan �7 jam selepas berlakunya ijtimak dan ketinggian�1o dari ufuk, maka pada awal puasa atau hari raya, umur anak bulan menjadi 31 jam kerana ditambah dengan 24 jam dan ketinggian anak bulan menjadi 13o� kerana ditambah dengan 12o (untuk 1 hari ketinggian bulan 12o).�

Soalan �� :���Waktu� kita di Malaysia adalah lebih cepat 5 jam dari� Arab Saudi? Mengapa puasa dan hari raya, mereka selalunya mendahului kita?�

Jawapan: �Kita berbalik kepada Kriteria Imkanur-Rukyah. Katalah ijtimak berlaku pada pukul 2 petang waktu Malaysia. Apabila matahari terbenam (katalah jam 7.00 malam), umur anak bulan pada ketika itu baru mencecah 5 jam atau ketinggian dari ufuk 1o dan jarak lengkung 3o. Keesokan harinya kita tidak berpuasa atau berhari raya kerana tidak menepati kriteria yang telah ditetapkan. Tetapi, apabila menjelang matahari terbenam di Arab Saudi, umur hilal tentu telah melebihi 8 jam dan pada keesokan� harinya mereka mula berpuasa atau berhari raya.

Oleh���������������� : Pn SaedahHaron

Penasihat��������� : Prof. Dr. Mohd Zambri Zainuddin

Rujukan ����������: 1)� Dr. Azhari Mohamed (JUPEM)

����������������������� : 2)� Unit Falak JAKIM

------------------------------------------------------------------------------------------------------


PUASA
http://hadisjakim.islam.gov.my/hits.asp?ID=960

� Tuntutan Berpuasa
� Kelebihan Puasa Dan Ganjarannya
� Rukun- rukun Puasa
� Perkara- perkara Yang Membatalkan Puasa
� Bulan Ramadan
� Qadha Puasa
� Puasa Sunat
� Puasa Yang Ditegah

lagi di http://faizar.atspace.com/ramadhan/

I have move�to new multimedia blog at http://faizar.multiply.com


Posted at 08:55 pm by faizar
Make a comment  




Saturday, August 06, 2005
KELEBIHAN BULAN REJAB

Harap makluman disini hanya maklumat semata-mata , untuk kepastian dn kesahihan sila rujuk alim ulama di tempata anda,

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,
nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari
kiamat.  Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan
Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban
dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang,
  yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan
  daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di
  hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu
  neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu
  syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu,
  MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan
  perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari
  kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah
  Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah
  di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah
  mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi
  Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang
  telah lalu.  Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada
  umurnya (pembaharuan umur). Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas
segala Qalam. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh
tahun dan diberi minum air dari Syurga. Puasa 10 hari pada bulan Rejab
dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi
Sirotalmustaqim
di hari kiamat. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan
ibadat
seumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti
puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang
meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib
baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah
tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap
sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat,
dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab
seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan
seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah
daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allah
jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta
ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku
ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah
pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan
tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi
ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau
adalah
jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu
dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya.
Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana
kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada
bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam
syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya
(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.
Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari,
ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,
70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf
(ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat,
pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan
Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap
hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada
bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang
dinamakan
dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.




PART 2


Harap makluman disini hanya maklumat semata-mata , untuk kepastian dn kesahihan sila rujuk alim ulama di tempata anda,



FADHILAT BULAN REJAB

 

  

Bulan Rejab kembali lagi yang akan menemui kita umat Islam pada hari Sabtu bersamaan 6 Ogos 2005 (1 Rejab 1426 H). Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

 

FADHILAT BULAN REJAB

 

Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

 

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

 

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

 

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

 

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

 

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

 

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

 

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

 

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

 

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

 

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

 

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

 

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

 

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

 

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

 

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

 

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

 

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

 

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

 

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

 

    Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

 

    Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

 

    Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.

 

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

 

Kelebihan lain bulan Rejab:

 

1.      Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

 

2.      Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

 

3.      Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.

 

4.      Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

 

5.      Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

 

6.      Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

 

7.      Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

 

8.      Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

 

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

 

1.      Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun

 

2.      Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir

 

3.      Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat

 

4.      Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya

 

5.      Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

 

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

 

1.      Israk dan Mikraj (27 Rejab)

 

2.      Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)

 

3.      Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

 

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

 

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.

 

DOA BULAN REJAB:

 

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

 

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.

 

Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.

 

Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:

 

Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

 

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

 

Wasallam.









Posted at 03:39 pm by faizar
Make a comment  




Friday, July 23, 2004
TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATI SELEPAS MATI

Dari Anas RA berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya:-

1) Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya;

2) Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya;

3) Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya;

4) Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya;

5) Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung;

6) Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya; dan juga

7) Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya (anak yang selalu diajari ilmu Al-Quran maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri).

Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda; "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam:-

1) sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah);

2) ilmu yang berguna dan diamalkan; dan juga

3) anak yang soleh yang mendoakan baik baginya."

Wallahualam bissawab.


Posted at 09:42 am by faizar
Make a comment  




Tuesday, July 20, 2004
Dialog Rasulullah SAW Dengan Iblis

Dialog Rasulullah SAW Dengan Iblis

Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad SAW dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata; "Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah SAW. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta diseksa dengan azab yang amat keras."

Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah SAW dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah SAW.

Maka sembah Iblis (alaihi laknat); "Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?" Maka jawab Nabi dengan marah, "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagaimana engkau tipu Nabi Adam AS sehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau."

"Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, Cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?"

Sembah Iblis; "Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan."

Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata; "Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu."

Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.

Soalan Nabi (1); "Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?"

Jawab Iblis; "Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini."

Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan.

Sambung Iblis; "Ya Khatamul Anbiya! Ada pun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba."

Soalan Nabi (2); "Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah?"

Jawab Iblis; "Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat derhaka, hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, dating perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."

Soalan Nabi (3); "Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta seksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutukan Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?"

Jawab Iblis; "Sekelian itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang engkar. Oleh itu Allah murka kepada hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah sekelian bidadari. Hamba bertambah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat. Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut."

"Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah daripada api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."

Soalan Nabi (4); "Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?"

Jawab Iblis; "Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya, imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba."

Soalan Nabi (5); "Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal akan engkau?"

Jawab Iblis; "Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya; matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kepada kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman."

Soalan Nabi (6); "Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa akan engkau?"

Jawab Iblis; "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya."

Soalan Nabi (7); "Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?"

Jawab Iblis; "Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya."

Soalan Nabi (8); "Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis; "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menhancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami."

"Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."

Soalan Nabi (9); "Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?"

Jawab Iblis; "Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar-besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang, 'Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk'."

"Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya, inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan."

"Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan, 'JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku', kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'."

"Saidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan, 'Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid'."

"Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya kepada sebarang berhala. Digelar 'Ali Karamullahu Wajhahu'; dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata, 'Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya'. Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya."

Soalan Nabi (10); "Bagaimana tipu daya engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis; "Umat tuan itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail AS, 'Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat."

"Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan."

"Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk ke dalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur."

Soalan Nabi (11); "Siapa yang serupa dengan engkau?"

Jawab Iblis; "Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam."

Soalan Nabi (12); "Siapa yang mencahayakan muka engkau?"

Jawab Iblis; "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."

Soalan Nabi (13); "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis; "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari."

Soalan Nabi (14); "Jika umatku bersatu (jimak) dengan isterinya, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis; "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, derhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi (15); "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"

Jawab Iblis; "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi (16); "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"

Jawab Iblis; "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Soalan Nabi (17); "Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?"

Jawab Iblis; "Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat."

Soalan Nabi (18); "Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?"

Jawab Iblis; "Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam."

Soalan Nabi (19); "Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"

Jawab Iblis; "Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya."

Soalan Nabi (20); "Apa lagi yang memecahkan mata engkau?"

Jawab Iblis; "Orang yang taat kepada kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah bersabda, 'Syurga itu di bawah tapak kaki ibu'."

Soalan Nabi (21); "Hai Iblis! Apa pula yang dapat merantai engkau?"

Jawab Iblis; "Iaitu orang yang berjual atau berniaga dengan betul timbangan, sukatan, ukuran dan tukarannya."

Soalan Nabi (22); "Hai Iblis! Apabila umatku memberi salam satu dengan lain, bagaimana keadaan engkau?"

Jawab Iblis; "Apabila bertemu dua orang di tengah perjalanan memberi salam dan dijawab oleh rakannya, maka pecahlah dada hamba rasanya, maka hambapun meratap kerana keduanya mendapat keampunan apabila kedua-duanya berpisah untuk urusan masing-masing."

Soalan Nabi (23); "Hai Iblis! Siapa pula sahabat yang paling hampir dengan engkau?"

Jawab Iblis; "Iaitu orang yang meminum arak, tuak atau dadah kerana bahayanya telah jelas membawa pepecahan, perkelahian dan perceraian."

Soalan Nabi (24); "Hai Iblis! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau?"

Jawab Iblis; "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu. Manakala dipandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya."

Soalan Nabi (25); "Hai Iblis! Di mana tempat engkau diam?"

Jawab Iblis; "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, kayu dan sebagainya. Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka."

Soalan Nabi (26); "Hai Iblis! Di mana tempat perhimpunan engkau?"

Jawab Iblis; "Iaitu tiap-tiap rumah wayang dan tempat menari dan seumpamanya seperti tempat percampuran di antara lelaki dan perempuan."

Soalan Nabi (27); "Hai Iblis! Aku lihat engkau mengintai-intai di dalam masjid, apakah yang engkau buat?"

Jawab Iblis; "Hamba hendak mengacau dan merosakkan orang solat di situ, tetapi hamba sangat takut kepada seorang yang sedang tidur di situ."

Maka tanya nabi; "Kenapa engkau tidak takut kepada orang yang solat padahal dia dalam solat dan bermunajat kepada Allah SWT. Mengapa engkau takut kepada orang yang tidur di sebelahnya, padahal dia di dalam lalaii dan tidak memandang suatu apapun (tidak sedar)?"

Jawab Iblis; "Orang yang sedang solat itu bodoh dan jahil, jika hamba hendak rosakkan solatnya itu sangat mudah, tetapi orang yang tidur itu sangat alim. Hamba takut ketika hamba mengoda dan merosakkan solat orang jahil itu, kalau-kalau orang alim itu tersedar lalu menegur dan membetulkan solat si jahil tersebut."

Soalan Nabi (28); "Hai Iblis! Apakah puji-pujian engkau?"

Jawab Iblis; "Iaitu suara orang yang menyanyi-yanyi dan berpantun seloka dan suara bunyi-bunyian (muzik) kecuali orang yang menyanyi, berpantun memuji-muji Allah seperti bernasyid dan berselawat."

Soalan Nabi (29); "Hai Iblis! Siapakah yang sekaum dengan engkau?"

Jawab Iblis; "Iaitu orang yang menipu harta orang dan memakan harta anak yatim dan makan riba."

Soalan Nabi (30); "Hai Iblis! Dengan sebab apakah engkau gelapkan hati manusia?"

Jawab Iblis; "Iaitu dengan sebab mereka makan dan minum dengan rezeki yang haram kerana mereka gelap mata (tidak nampak) pada mencari harta dengan cara yang halal dan mereka yang membanyakkan tidur meninggi hari sehingga terlepas solat Subuh serta mereka yang memenuhkan perutnya dengan kekenyangan."

Soalan Nabi (31); "Hai Iblis! Siapa yang menyukai hati engkau?"

Jawab Iblis; "Orang kaya yang bakhil dan orang yang tidak mengeluarkan zakat kepada orang yang dhaif tetapi zakatnya dihantar kepada orang lain padahal kaumnya miskin. Sesungguhnya bakhil itu adalah musuh Allah dan orang yang tidak mengeluarkan zakat itu akan dimasukkan ke dalam neraka yang paling bawah bersama-sama denganku."

Soalan Nabi (32); "Hai Iblis! Siapakah yang menyuburkan badan engkau?"

Jawab Iblis; "Iaitu orang yang hasad dengki, orang yang tidak belajar etika dan ajaran Islam, segala perempuan yang jahat dan setiap perempuan yang mencabulkan dirinya serta menjualkan maruahnya."

Soalan Nabi (33); "Hai Iblis! Jika mati seorang ulama bagaimana perasaan engkau?"

Jawab Iblis; "Telah subur dan bertunaslah hasutan hamba dan pekerjaan hamba."

Sabda Rasulullah SAW; "Barangsiapa berdukacita atas kematian seorang ulama, maka dituliskan oleh Allah pahala baginya 1,000 alim dan 1,000 syuhada."

Sabda Rasulullah SAW lagi; "Akan ada umatku yang menjauhkan dirinya daripada para ulama atau setiap orang yang benci kepada orang yang mengajar agama dan ulama akan mendapat 3 bala daripada Allah SWT:-

1) Diangkatkan berkat daripada rezekinya (pendapatannya);

2) Didatangkan kepada mereka seorang ketua atau pemerintah yang zalim; dan juga

3) Dimatikan dalam keadaan tidak beriman."

Soalan Nabi (34); "Hai Iblis! Jika umatku solat berjemaah, bagaimana keadaan engakau?"

Jawab Iblis; "Sesungguhnya mereka itu terlepas daripada tipu daya hamba."

Sabda Rasulullah SAW; "Hai sahabatku sekelian! Barangsiapa solat berjemaah lima waktu, maka ia akan dikurniakan 5 perkara:-

1) Tidak ditimpa kemiskinan;

2) Dilepaskan dari siksa kubur;

3) Diserahkan kitab catatan di sebelah kanan;

4) Melalui titian sirat pantas seperti kilat menyambar; dan juga

5) Dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab."

Sabda Rasulullah SAW lagi; "Adalah solat lelaki yang berjemaah itu terlebih baik daripada solat 40 tahun di rumahnya seorang diri, solat berjemaah itu mendapat 27 darjat dan seseorang yang solat berjemaah di rumahnya bersama anak dan isteri mendapat pahala haji dan umrah."

Soalan Nabi (35); "Hai Iblis! Jika umatku membaca selawat ke atasku, bagaimana keadaan engkau?"

Jawab Iblis; "Muka hamba akan terbelah sebeb mereka ingat kepada tuanku."

Sabda Rasulullah SAW; "Barangsiapa yang membaca selawat ke atasku, para malaikat meminta keampunan baginya dan dia adalah ahli Syurga."

Soalan Nabi (36); "Hai Iblis! Jika umatku solat Hariraya ke masjid bagaimana hal engkau kerana Allah SWT telah berfirman; 'Hai sekelian Malaikat! Saksikan olehmu bahawa sesungguhnya Aku telah ampunkan dosa seluruh umat Muhammad, lelaki dan perempuan'?"

Apabila selesai solat dan khutbah maka firman Allah SWT; "Hai umat Muhammad! Pulanglah kamu ke rumah masing-masing, sesungguhnya Aku telah ampunkan dosa kamu yang lalu dan yang akan datang dan Aku gantikan dosa kamu itu dengan kebajikan."

Jawab Iblis; "Ya Rasulullah! Apabila umat tuan hamba pergi solat hariraya, maka hamba sangat dukacita dan menyesal. Maka hambapun bersorak, datanglah bala tentera hamba dan mereka berkata; 'Hai raja kami! Siapakah yang tuan murkakan? Adakah ia dari langit atau bumi? Arahkan kami sekelian pergi membinasakan apa yang di langit dan di bumi'."

Maka sahut hamba; "Hai bala tenteraku! Yang menyebabkan aku ini dukacita ialah kerana Allah SWT telah mengampuni umat Muhammad pada hari raya ini. Wahai sekelian tenteraku! Apakah kamu tidak mengetahui bahawa Allah telah menerima puasa umat Muhammad? Dan Allah sangat kasih dan sayang kepada mereka dengan rahmatnyanya diperkenannya segala doa mereka serta diampunkan segala kesalahannya."

"Hai tenteraku! Hendaklah kamu goda mereka itu supaya mereka malas untuk beribadah dan supaya bimbang dengan berjalan ke sana ke mari, asyik berjudi dan bersukaria masing-masing memuaskan hawa nafsu dengan mengerjakan pelbagai maksiat supaya datang kemurkaan Allah dan diturunkan bala ke atas mereka yang tentu akan menyenangkan hatiku. Maka pergilah sekelian tentera Iblis mengacau umat Muhammad."

Soalan Nabi (37); "Hai Iblis! Jika umatku membaca doa akhir tahun bagaimana keadaan engkau?"

Jawab Iblis; "Hamba telah bersusah-payah mengoda umat Muhammad sepanjang tahun, tiba-tiba mereka membaca doa dalam masa yang sedikit sahaja, maka lemahlah hamba lalu hamba sapukan dengan tanah. Betapa celaka dan malangnya diriku dengan kerugian dan hambapun berpaling pergi."

Soalan Nabi (38); "Hai Iblis! Jika umatku membaca doa awal tahun bagaimana keadaan engkau?"

Jawab Iblis; "Ya Nabi Allah! Putuslah harapan hamba, kerana sesiapa yang membaca doa awal tahun ini Allah memerintahkan kepada dua malaikat supaya dibakar buku kesalahannya dan dituliskan kebajikan di dalamnya kerana orang itu membaca doa ini."

Soalan Nabi (39); "Hai Iblis! Siapakah yang menyokong engkau?"

Jawab Iblis; "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap 'La Illahillah' dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu."

"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan."

Soalan Nabi (40); "Hai Iblis! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar engkau di atas umatku, kerana aku telah dibangkitkan ke dunia ini bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang."

Maka Iblis pun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya; "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memarik sekelian anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya."

Maka firman Allah SWT; "Hai Malaun (yang dilaknat; Iblis)! Demi kebesaranKu dan ketinggianKu! Bahawa Aku sentiasa sedia mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepadaKu."

Maka Iblis Laknatullah; "Ya Rasulullah! Bahawasanya hamba sangat hairan melihat dua macam hal sekelian hamba Allah:-

1) Mereka itu mengaju kasih kepada Allah padahal mereka itu taat kepada hamba dengan berbuat maksiat; dan juga

2) Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku."

Maka datang firman Allah; "Hai Malaun! Demi kemuliaanKu dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan:-

1) Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kerana perdayaan mereka (Iblis); dan juga

2) Marah mereka kepada engkau (Iblis) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu."

Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Dia pergi dengan hati yang sangat duakcita kerana tipu dayanya telah diketahui oleh umat Muhammad SAW.

Wallahualam bissawab.


Posted at 10:34 pm by faizar
Comments (7)  




Tuesday, June 08, 2004
Fikrah: Banyak bercakap sifat tercela

Fikrah: Banyak bercakap sifat tercela

DARIPADA Saidina Ali Abi Talib, Rasulullah bersabda: Bahawa seseorang lelaki yang berkata dengan suatu perkataan supaya orang tertawa, maka sebab yang sedemikian itu, dilemparkan dia di dalam neraka jahanam selama 70 tahun.

Lukman Al-Hakim mewasiatkan kepada anaknya: Janganlah engkau terlalu mudah ketawa kalau bukan perkara yang menggelikan hati, jangan menanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagi diri kamu dan jangan engkau mensia-siakan harta dunia kamu.

Banyak bercakap atau banyak membuatkan orang ketawa termasuk dalam sifat tercela.

Bukanlah ia bermaksud kita tidak boleh ketawa langsung tetapi ketawalah seperti ketawa nabi, iaitu sekadar menampakkan gigi putihnya dan tidak berbahak-bahak.

Banyak bercakap adalah perbuatan sia-sia, melainkan percakapan itu mendatangkan manfaat dan berpesan-pesan mengenai hal kebaikan antara satu sama lain adalah dituntut.

Saidina Ali Abi Talib berkata bahawa Rasulullah bersabda: Barang siapa banyak cakapnya, sedikit malunya dan sedikit waraknya (mudah membuat yang haram), matilah hatinya. Maka dia akan hidup berbuat barang sekehendak hatinya.

Ini bererti hidup mereka penuh dengan kelalaian dan ini menyebabkan hatinya mati, tidak suka atau ingin kepada mengingati Allah melainkan sedikit sangat.

Kepada mereka yang ingin mengambil pengajaran ini, maka elakkan diri kita daripada mengambil mudah perkara yang difikirkan remeh tetapi besar bahayanya.

Oleh itu ambillah panduan daripada Rasulullah iaitu duduk bersendirian itu lebih baik daripada mendekati orang durjana, sedang bergaul dengan orang yang baik (soleh) itu lebih baik daripada duduk sendirian.

Maksud hadis di atas ialah hendaklah kita bergaul dengan orang yang banyak mengingati Allah dan hindarkan diri kita daripada orang yang lalai.

Wasiat Lukmah Al-Hakim: Wahai anakku! bergaul mesralah kamu dengan orang alim dan berilmu. Perhatikan kata-kata nasihat mereka kerana sesungguhnya akan sejuk hati kamu bila mendengarnya. Hidupkan hati kamu dengan cahaya hikmah yang diperoleh daripada mutiara kata-kata alim ulama kerana nasihat mereka bagaikan tanah yang disirami hujan.



Posted at 08:18 am by faizar
Make a comment  




Sunday, May 30, 2004
KESAN PEMIKIRAN TERHADAP KESIHATAN DAN BADAN


Hello..sekadar renungan dan tatapan bersama.

Love is the essential reality and our purpose on earth. To be
consciously aware of it, to experience love in ourselves and others,
is the meaning of life. Meaning does not lie in things. Meaning lies
in us. -- Marianne Williamson, A Return to Love

KESAN PEMIKIRAN TERHADAP KESIHATAN DAN BADAN

Tubuh merupakan hamba minda. Ia mematuhi operasi minda, tidak kira
samada ia sengaja dipilih atau otomatik. Fikiran yang kusut memberi
penyakit pada badan, manakala fikiran yang gembira, mencantikkan
tubuh.

Penyakit & kesihatan berakar dari pemikiran. Fikiran yang jahat
diluahkan melalui tubuh yang jahat. Perasaan takut boleh membunuh.
Manusia yang sentiasa khuatirkan penyakit akan mendapatnya. Kerisauan
merendahkan moral seluruh tubuh, membuka pintu terhadap penyakit,
manakala fikiran yang jahat walaupun yang tidak dilayan akan
memusnahkan sistem saraf.

Fikiran yang kuat, suci dan gembira menghidupkan tubuh. Tubuh umpama
alat plastik yang halus yang bertindakbalas terhadap minda dimana
fikiran akan memberi kesan yang baik atau buruk. Manusia yang
berfikiran jahat akan mempunyai darah yang kotor dan beracun. Hati
yang bersih membentuk kehidupan dan tubuh yang bersih. Fikiran
merupakan pusat bagi tindakan, kehidupan dan manifestasi. Sucikan
pusat, dan segalanya akan menjadi suci.

Penukaran diet tidak akan membantu manusia yang tidak mengubah cara
pemikirannya. Apabila fikiran adalah suci, dia tidak mengingini
makanan yang tidak suci.

Fikiran yang bersih membentuk perlakuan yang bersih. Pakar agama yang
tidak membersihkan diri bukanlah pakar agama.

Kawal minda untuk menyempurnakan tubuh. Cantikkan minda sebagaimana
anda mencantikkan tubuh. Fikiran jahat seperti kebencian dan
kekecewaan membawa penyakit kepada tubuh. Muka yang masam disebabkan
fikiran yang masam. Kerut di dahi dilukis oleh kebanggaan.

Saya mengenali seorang wanita berumur 96 dengan muka yang cerah
seperti seorang gadis. Saya juga mengenali seorang lelaki separuh
umur dengan muka berkontur harmoni. Yang pertama disebabkan
perwatakan yang manis, dan yang kedua disebabkan perasaan tidak puas
hati.

Muka yang mempunyai kerut mungkin disebabkan perasaan simpati atau
fikiran yang suci, siapa dapat membezakannya? Bagi mereka yang hidup
dlm jalan yang benar, umur merupakan sesuatu yang tenang, aman
bagaikan mentari di waktu senja. Saya pernah melihat seorang ahli
falsafah yang hampir mati. Dia tidak tua kecuali dalam ertikata
tahun. Beliau telah meninggal dengan aman sebagaimana hidupnya.

Tiada doktor sebagus fikiran yang positif untuk menyembuhkan sakit
badan manakala hati yang baik boleh menghindarkan kesedihan. Jika
kita sentiasa dilamuni perasaan curiga dan syak wasangka, kita seolah-
olah memenjarakan diri. Jika kita mengharapkan yang terbaik bagi
orang lain, sentiasa gembira dan belajar dengan sabar untuk mencari
kebaikan dalam segalanya - fikiran yang tidak mementingkan diri ini
merupakan pintu ke syurga; dan fikiran yang aman akan menenangkan
pemikirnya.

Ditulis oleh James Allen, diterjemah oleh HooI Yu-Mun


Moral /pengajaran :

1)- Pemikiran positif adalah ubat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai
penyakit seperti kanser dan barah otak
2)- Pemikiran positif adalah satu 'alat' yang mampu mengubahkan 'alam
dan perasaan' minda separa kita.
3)- Pemikiran positif mempengaruhi afektif dan t/laku kita.
4)- Berfikirlah secara positif apabila kita berbicara tentang diri
sendiri ,rakan-rakan,saudara mara ,keluarga ,majikan dan lain-lain
5)-Pemikiran positif mampu membawa kita kearah kejayaan dan
kecemerlangan dalam bidang pendidikan ,kerjaya ,pergaulan sosial dan
lain-lain.
6)Fikiran positif juga mampu menyerikan,mencantikkan dan memudakan
wajah. Sentiasa tersenyum ,bertenang dan gembira selalu.



http://faizar.onestop.net

Mood: Productive

Music: UFM http://www.uitm.edu.my/ufm/

Posted at 04:06 pm by faizar
Make a comment  







   





<< September 2016 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30

I have move to new blog at
http://ahmadfaizar.blogspot.com/
http://faizar.tumblr.com/
http://friendfeed.com/faizar/





Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed